Wednesday, November 19, 2008

UiTM TAK SELAMAT?


SEMALAM AKU KE UITM SHAH ALAM KERANA URUSAN PERPINDAHAN ASRAMA ADIK BONGSU KEDUA AKU.
INI BERIKUTAN PENGAJIAN SEMESTA PERTAMA DIA TELAH TAMAT DAN DIARAHKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN UITM UNTUK BERPINDAH KE BLOK ASRAMA YANG LAIN. SEBELUM INI TELAH BEBERAPA KALI AKU MASUK KE UITM DENGAN MUDAH TANPA MENGAMBIL PAS DARI POS PENGAWAL KESELAMATAN DI PINTU DEPAN UITM. BIASANYA AKU HANYA ANGKAT TANGAN KEPADA PAK GUARD YANG BERTUGAS DAN TERUS MEMANDU MASUK KE DALAM UITM. TAPI SEMALAM AKU AGAK KEHAIRANAN DIBUATNYA APABILA CUBA MEMASUKI KAWASAN UITM, PAK GUARD YANG BERTUGAS BERTANYAKAN BERMACAM SOALAN AKAN TUJUAN AKU MASUK KE UITM. AKU DIMINTA TURUN DARI KENDERAAN DAN DAN MENGAMBIL PAS DI POS PENGAWAL KESELAMATAN. SETELAH MENGAMBIL PAS AKU TERUS MEMANDU MASUK KEDALAM UITM. SETELAH SEGALA URUSAN DISELESAIKAN SEBELUM AKU PULANG AKU SEMPAT BERTANYAKAN KEPADA ADIK BONGSU KEDUA AKU TENTANG PAK GUARD YANG AGAK 'STRAIGHT' BERBANDING SEBELUM INI. ADIK BONGSU KEDUA AKU MEMBERITAHU, HARI SEBELUMNYA TERJADI SATU ROMPAKAN DI BLOK ASRAMA PELAJAR. HATI AKU BERKATA 'patutlah hari ni pak guard semacam jerk!!!semalam bebudak uitm kena ropmpak'. DAN HARI NI DAH KELUAR DALAM AKHBAR KOSMO MUKA DEPAN BERTAJUK 'PELAJAR UITM DIUGUT BUNUH'. INI KES BAHAYALAH KALAU SAMPAI PEROMPAK NAK UGUT BUNUH. AKU TENGOK PAK GUARD RAMAI TAPI MASIH JADI PERKARA-PERKARA MACAM NIH. SIAPA NAK DIPERSALAHKAN? AKU RASA KALAU KES NI TAK DITANGANI DENGAN SEGERA BAHAYA. BAHAYA!! IBU BAPA DAH TAK PERCAYA NAK HANTAR ANAK-ANAK KE UITM. JANGAN BILA DAH JADI MACAM NI BARU NAK BUAT PEMANTAUAN KETAT. TAK GUNA LAGI DAH...

No comments:

Post a Comment