Thursday, November 20, 2008
KERINDUAN TIADA BATASAN
PAGI NI TERDETIK HATI NAK TELEFON AYAHANDA&BONDA KAT KAMPUNG. TERASA RINDU LAH PULAK SEBAB DAH LAMA TAK CALL. BILA DAH CALL BIASA LA.. BERBUAL PANJANG MELEPASKAN RINDU. SEDIH JUGAK HATI INI KERNA TAK BERADA DISISI KEDUA ORANG TUA. NAK BUAT MACAM MANA DAH TUNTUTAN KERJA KAT IBUKOTA. ADA CERITA-CERITA GEMBIRA DAN ADA CERITA-CERITA SEDIH DARI KAMPUNG HALAMAN. BIASALAH LUMRAH KEHIDUPAN. AKU CUMA NAK KONGSI CERITA-CERITA YANG SEDIH AJE. SEMALAM ADA ORANG KAMPUNG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH AKIBAT PENYAKIT JANTUNG DAN TELAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI KUALA LUMPUR. PAKCIK BUDIN NAMANYA. BELIAU TINGGAL BERHAMPIRAN JETTY DEKAT SUNGAI TEMBELING. JENAZAH TELAH SAMPAI DIBAWA DARI KUALA LUMPUR KE KAMPUNG LEBIH KURANG PUKUL 10 MALAM. BEGITULAH SERBA SEDIKIT DICERITAKAN OLEH BONDAKU. OLEH KERANA JENAZAH SAMPAI LEWAT DAN ATAS CUACA HUJAN YANG TAK BERHENTI MAKA PENGEBUMIAN DIURUSKAN PADA PAGI INI. SEKALUNG TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SEMOGA R0HNYA DICUCURI RAHMAT. SEPANJANG PERBUALAN DENGAN BONDA, BONDA SELALU MELONTARKAN SOALAN '< BILA NAK BALIK?> ' YANG MEMBUATKAN AKU TERSENTUH. BUKAN TAK MAHU BALIK. TAPI TUNTUTAN KERJA DAN KOS UNTUK BALIK KE KAMPUNG YANG TINGGI. MINYAK+TOL+MAKAN-MAKAN SAHAJA MENCECAH RM 100+++ SEHALA. KALAU PERGI DAN BALIK KALU TAKDE RM 300 DALAM POKET JANGAN MIMPI NAK BALIK KAMPUNG. BIASANYA KEDUA ORANG TUA KU KERAP JUGA KE KUALA LUMPUR MENJENGAH ANAK-MENANTU. TAPI BONDA KATA BULAN NI MUNGKIN TAK DAPAT DATANG. BAJET DEFISIT BULAN NI KATANYA. AHH...NAK TERGELAK JUGA AKU DIBUATNYA. ORANG KAMPUNG MACAM BONDAKU PUN TAHU BAJET DEFISIT. AKU TANYA PASAL APA PULAK BAJET DEFISIT??...BELANJA LEBIH PEDAPATATAN CIPUT CELAH BONDAKU DALAM NADA MENGELUH. BAYAR DUIT LETRIK+AIR+MAKAN-MINUM+LAIN-LAIN DAH RM 650 TAPI DUIT GETAH DAPAT RM 700 AJE. ITU PUN KENA BAGI DUA PASAL PAJAK KAT ORANG. DAH KENA KELUAR DUIT SIMPANAN PULAK SEBAB TAK CUKUP RM 300. TAK MACAM LAPAN SEMBILAN BULAN YANG LEPAS HANGA GETAH MAHAL. CELAH BONDAKU LAGI. DALAM TENGAH SYIOK BERBUAL DENGAN BONDAKU TIBA-TIBA TALIAN TERPUTUS. AKU CUBA DAIL SEMULA TAPI ADA OPERATOR CAKAP<' U HAVE NO MORE BALANCE. PLEASE TOP-UP TO MAKE YOUR CALL '> HAMPEH BETUL KENA TOPUP LAGI.............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment