Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin sila faks, e-mel bantahan anda penjualan arak di kedai 7 11 secara individu atau melalui PIBG, AJK Masjid/Taman/Surau, NGO dan sebagainya. Berikut ialah contoh surat bantahan.
Daripada :
Penduduk Taman ________
PIBG Sekolah Rendah Keb Taman
AJK dan Jemaah Masjid Taman
Kepada :
Pemilik/Pengurus
7-Eleven Convenience Shopping Sdn. Bhd
Level 3A, Podium Block
Plaza Berjaya
No. 12, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Phone: 603/2142-1136
Fax: 603/2142-1139
E-mel : hotmail@7eleven.com.my
http://www.7-eleven.com/about/profile_malaysia.asp
BANTAHAN PENJUALAN ARAK DI TAMAN ________
Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini kami penduduk taman ___________ ingin membuat bantahan sekeras-kerasnya akan penjualan arak di premis 7 Eleven milik tuan di taman ____________.
Bantahan kami ini adalah bersandarkan atas beberapa faktor berikut :
1. Lebih 70 peratus penduduk sekitar adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
2. Sudah terdapat 5 buah kedai runcit, pasaraya, restoran bukan Melayu di kawasan ini yang menjual arak.
3. Kawasan ini adalah merupakan kawasan “lumba haram”, dimana pengambilan arak serta alkohol serta dadah lain dengan mudah akan menjadikan ianya tumpuan mereka yang melakukan aksi yang membahayakan orang ramai.
4. Kawasan ini terletak berhampiran dengan sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah dan 4 buah tadika. Adalah tidak wajar premis tuan menjual arak di kawasan ini.
Berdasarkan alasan yang munasabah di atas , sekali lagi kami menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya akan penjualan arak di premis tuan di kawasan kami.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan semua penduduk berhampiran.
Salinan kepada :
1. Pihak Bekuasa Tempatan/Dewan Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah
2. Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia
Friday, July 31, 2009
mansuhkan isa

esok bersama-sama kita turun bagi menyatakan sokongan terhadap Gerakan Mansuhkan ISA. jangan lupa jam 2 petang!!!!!!!!!
Gerakan Mansuhkan ISA
gerakan mansuhkan ISA
Tuesday, July 21, 2009
Monday, July 20, 2009
second round mu vs malaya live at bukit jalil 8.45pm
aku dalam perjalanan ke bukit jalil bagi menyaksikan perlawanan kedua mu vs malaya. perlawanan mengejut dan tidak dirancang akibat pembatalan seri jelajah gergasi england tersebut ke indonesia akibat berlaku pengeboman yang dikaitkan dengan pengganas. aku dapat maklumat dari rakan yang kini berada di stadium jalan-jalan sekitar stadium masih nampak tenang dan selesa. highway kesas dari shah alam menuju sungai besi line clear. shortcut dari bandar kinrara menghala ke bukit jalil berhampiran mimos agak perlahan kira-kira 10KM/jam dan masih bergerak. bandar tun razak ke bukit jalil juga kelihatan lancar. roger dulu brader aku nak beli tiket.
update 2.36am
badan dah penat sangat.takde ape nak tulis cuma nak bagitau malaya tewas 2-0 dengan mu. tak kemana nampaknya bolasepak malaysia.
update 2.36am
badan dah penat sangat.takde ape nak tulis cuma nak bagitau malaya tewas 2-0 dengan mu. tak kemana nampaknya bolasepak malaysia.
Sunday, July 19, 2009
SHAZA DAH BERUSIA SEBULAN+++
Subscribe to:
Posts (Atom)