Monday, June 30, 2008

APA MORAL DARI KISAH NI

Khamis, 2008 Jun 26
Kicap Cina, Kicap Melayu

Dalam satu interview masa nak minta kerja dengan satu Research Foundation dulu, sorang dari penemuramah bertanya tentang kelulusan aku. Aku jawab "Ijazah dalam Politik Makanan". Berkerut kening penemuramah sebab dia belum pernah dengar mana-mana universiti yang menawarkan kursus itu. Aku terangkan, ijazah ni tak diiktiraf, sebab aku belajar dari apek-apek pembuat kicap, sos cili, minuman ringan dalam botol amber, yang dibuat dibelakang rumah mereka.

Setakat Diploma in Food Technology, aku cuma layak jadi Penyelia Makmal dalam syarikat multinational. Tapi kat sinilah aku mula belajar tentang politik makanan, marjoring in Food Manipulation. Dan pensyarah aku ialah apek-apek tua, yang tak pernah dengar tentang milligrams ataupun parts per million. Tapi depa pakar dalam manipulasi makanan.

Tugas pertama didalam makmal R&D ialah menyediakan database tentang produk makanan yang ada disupermarket. Dari kicap, jem,minuman ringan sampailah kepada wine and whisky. Asalkan produk itu mempunyai gula, aku kena buat research. Bila bawa balik kemakmal, aku kena analyse semua chemical and microbiologial properties produk tersebut. (Sorry, banyak technical terms aku tulis dalam orang puteh, sebab aku tak tau dalam BM)

Kemudian aku kena turun berjumpa dengan pengeluar produk tersebut. Bagi pengeluar Melayu, tak jadi masalah tapi bila jumpa pengeluar Cina, aku kena bawa translator. Sebab depa gunakan istilah Cina untuk ramuan didalam produk mereka. Dan disinilah aku belajar tentang Food Politics.

Ada dua pendekatan yang berbeza diantara produk Melayu dan produk Cina. Bila aku pergi ke pengeluar Melayu, dia asyik bercakap tentang keburukan produk Cina. Bila aku pergi kepada pengeluar Cina, dia bercakap tentang bagaimana nak meningkatkan mutu produk dia.

Mula-mula aku pergi kepada pengeluar kicap Melayu. Aku bagi tau, spesifikasi produknya tidak menepati Akta Makanan 1983. pH terlalu rendah, kandungan garam kurang dari 10%, gula terlalu tinggi, Total Plate Count Too Numerous to Count (TNTC), tapi aku balik kena marah. Sebab itulah resipi yang dia warisi turun temurun, pasai apa nak tukar? Pengguna tak komplen pun!

Aku tanya skop pemasarannya, dia jawab orang Melayu saja yang beli kicap dia. Aku tanya pasai apa Cina tak beli kicap Melayu, dia jawab..." Cina mana nak tolong Melayu! Nak bagi jahanam Melayu banyak.." Bila aku bagi tau, produk kicap Cina lebih sedap dan memenuhi spesifikasi, dia jawab..." Depa bubuh tulang babi... itu pasai sedap dan tahan lama!".

Satu hari aku bawa 'tulang babi' kepada pengeluar kicap Melayu ni. 'Tulang babi' ini sudah diproses menjadi tepung, cuma kasar sikit tak macam tepung. Sebenarnya ialah Monosodium Glutamate dan Benzoic Acid. Sentuh pun dia tak mau.

Aku bagi tau, aku boleh dapatkan grant untuk penambahbaikan produk, dengan syarat dia mesti meningkatkan kualiti kicapnya mengikut spesifikasi. Dia tak mau, sebaliknya dia kata dia ada kabel dan boleh dapat bantuan dari Kementerian Pembangunan Usahawan. OK lah.

Kemudian aku pergi kepada pengeluar Cina. Memang susah nak dapat resepi darinya sebaliknya dia lebih banyak bertanya bagaimana nak meningkat kualiti dan jualan. Aku tanya macam mana dia bubuh Benzoic Acid. Dia jawab "satu camca satu tempayan". Patutlah Benzoic Acid sampai 2000 ppm! Aku bagi tau, kena pakai analytical balance, harga masa tu lebih kurang RM2,000.00. Tapi dia beli jugak.

Kemudian aku bagi tau tentang kandungan bakteria yang tinggi dan kalau nak tingkatkan kualiti, boleh gunakan UV steriliser. Harga lebih kurang RM12,000.00 masa tu. "Whoa! manyak mahai lo! Hutang boleh ka? mana boleh pinjam?"

Tak lama selepas itu, aku pergi balik kepengeluar kicap Melayu. Memang benar, dia dapat bantuan dari Kementerian Pembangunan Usahawan. Tapi dia menghabiskan bantuan itu untuk mencantikkan label pada botol. Dengan warna yang menarik dan design yang profesional tetapi yang menarik perhatian ialah slogan yang digunakan. "Buatan Bumiputra. Anda tidak perlu was-was."

Pengeluar kicap Melayu bagi tau, dia sekarang berjaya menembusi pasaran Timur Tengah. Aku garu kepala. Macam mana dia buat? Kilangnya masih besar tu jugak.

Kemudian aku pergi kepada pengeluar kicap Cina. Terbalik pula, Cina ni dah tak jual kicap, tapi kilangnya makin besar! Aku tanya pasai apa, dia jawab "Aiya. Itu Alab punya olang aaa, dia mau melayu punya kicap. Tapi itu Melayu punya kicap, Kementelian Kesihatan talak approve punya. saya punya kicap, gomen sudah OK tapi itu olang Alab tak mau Cina punya."

"Habis, lu buat kicap banyak-banyak, lu juai mana?" aku tanya balik.

"Wa juai sama itu Melayu, dia talok sticker Melayu punya, kemudian juai sama itu olang Alab lo! Haiya!! Mau cali makan, kena tolong sama kawan."

Lesson learned. "Kualiti adalah memenuhi spesifikasi. Spesifikasi perlu memenuhi ekspektasi. Ekspektasi lahir dari persepsi. Persepsi lahir melalui manipulasi."
Dicatat oleh Mat Saman Kati