Saturday, March 28, 2009

Cikgu-Cikgu - Terima Kasih Hisyamuddin!!!


ha ha ha satu lagi langkah kebelakang hisyamuddin tatkala ucapan pertama beliau sebagai NAIB PRESIDEN UMNO yang mencadangkan agar para guru cikgu-cikgi dibenarkan berpolitik. tak sampai hati pulak aku nak kata menteri ni mangkuk ayun. di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua orang ada hak untuk berpolitik dan memilih parti politik. hatta yang bekerja dalam kerajaan sekalipun jangan disekat-sekat. aku masih ingat lagi masa pilihanraya lepas ada satu cikgu ni takut-takut untuk menunjukkan sokongan dia pada parti yang dipilihnya. katanya lagi atas alasan itu parti pembangkang dan sekiranya didapati dia menyokong pihak pembangkang dan bukan menyokong kerajaan ada kemungkinan akan dikenakan tindakan seperti ditukarkan (di post) ke sekolah yang jauh dari tempat asal contohnya disabah dan sarawak. aku pun tak pasti betul atau tidak. tapi provokasi keatas para guru ni aku rasa semacam ada. hatta nak minum tea dengan ustaz razak yang pakai serban pun cikgu tu takut...kah kah kah

No comments:

Post a Comment